Home / Latar Belakang / Objektif, Misi, Visi

Objektif, Misi, Visi

Objektif

a)      Mengumpul dan menyatukan semua bekas anggota kumpulan Lembaga Tabung Haji dalam satu organisasi.

b)      Mewujudkan pengetian perpaduan dan persefahaman di antara ahlinya.

c)       Menjaga kebajikan dan kepentingan-kepentingan ahlinya.

d)      Mewujudkan sebua atau lebih rumah-rumah kelab bagi kegunaan para ahlinya

e)      Menyertai secara perseorangan atau secara bersama mana-mana kegiatan dan usaha kebajikan, pendidikan dan dakwah dalam pembangunan Lembag Tabung Haji

f)       Memperolehi, membeli, menyewa atau memiliki tanah, bangunan-bangunan, saham dan aset- aset yang lain sebagaimana yang mungkin diperlukan bagi mencapai tuuan dan matlamat yang tersebut.

g)      Menjalankan usaha-usaha perniagaan bagi menambah kumpulan wang Pertubuhan ini. Bagaimanapun, semua wang dan keuntungan yang diperolehi oleh Pertubuhan ini daripada penyertaan dalam sebarang perniagaan hendaklah digunakan hanya kearah perlanjutan, penggalakkan dan perlaksanaan maksud Pertubuhan ini dan tiada sebahagian daripada wang dan keuntungan itu boleh dibayai sebagai dividen, bonus atau keuntungan kepada mana-mana ahli Pertubuhan ini dengan syarat bahwa tiada apa-apa yang ternyata atau terkandung di sini boleh melarang Pertubuhan ini membayar dengan ikhlas upah atau perbelanjaan sedemikian atau kedua-duanya kepada mana-mana ahli Pertubuhan ini, atau kepada orang atau orang lain kerana perkhidmatan yang sebenarnya diberikan olehnya atau oleh mereka kepada Pertubuhan ini.

Scroll To Top