Home / Informasi Keahlian / Keahlian

Keahlian

KEAHLIAN

  1. Ahli Biasa
    1. Keahlian biasa adalah terbuka kepada semua bekas anggota kumpulan Lembaga Tabung Haji
  2. Ahli Bersekutu
    1. Suami atau isteri bekas anggota kumpulan Lembaga Tabung Haji yang telah menjadi ahli biasa
    2. Ahli Bersekutu adalah tidak layak memegang sebarang jawatan atau mempunyai hak mengundi.
    3. Ahli seumur hidup adalah ahli biasa yang bayar yuran seumur hidup
  3. Tiap- tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh dua orang ahli yang terdapat sekarang. Permohonan hendaklah disertakan dengan yurang wang yang jumlahnya mengikut peruntukan dan hendaklah dibuat melalui Setiausaha yang akan mengemukakan permohonan itu kepada Jawatankuasa. Hanya Jawatankuasa sahaja mempunya kuasa melulus atau menolaj kuasa melulus atau menolak sebarang permohonan menurut budi bicaranya tanpa sebarang sebab.
  4. Tiap-tiap permohonan yang permohonannya telah diluluskan sebagaimana yang tersebut dahulu akan dibenarkan masuk sebagai seorang ahli Pertubuhan ini dan akan berhak terhadap semua keistimewaan keahlian daripada tarikh dia diterima sebagai seorang ahli

YURAN DAN BAYARAN LAIN

  1. Yuran Ahli Biasa dan Ahli Bersekutu ialah RM 10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh) setahun; manakala Ahli Seumur Hidup ialah RM 100.00 ( Ringgit Malaysia Satu Ratus) dengan dibayar sekali sahaja.
  2. Semua wang yuran boleh dibayar terlebih dahulu kepada Bendahari. Yuran hendaklah dibayar pada 1hb Januari tiap-tiap tahun, tanpa diberi ingatan membayar untuk tahun-tahun berikutnya. Mana-mana ahli yang membiarkan yurannya bertunggak selama lebih daripada setahun akan dinafikan keistimewaan keahliannya sehingga ia menyelesaikan yuran yang tertunggak. Jawatankuasa mempunyai budi bicara untuk memulihkan keistimewaan keahlian sebarang ahli yang telah gagal membayar kesemua atau sebahagian dari tunggakan yang patut dibayar.
  3. Sumbangan khas atau wang pungutan bagi maksud-maksud yang tertentu boleh dikumpulkan daripada para ahli mengikut resolusi Jawatankuasa. Jika mana-mana ahli gagal membayar sumbangan sedemikian di dalam tempoh tertentu sebagaimana yang ditetapkan, jumlah wang tersebut itu hendaklah dikendalikan secara yang sarna sebagaimana tunggakan yuran dikendalikan.
  4. Keahlian seumur hidup boleh diperolehi dengan pembayaran RM50.00 (Ringgit Malaysia lima puluh) terlebih dahulu bakinya hendaklah diselesaikan dalam tempoh 90 (sembilan puluh) hari. Seorang ahli seumur hidup tidak berkewajipan membayar yuran tahunan selanjutnya.
  5. Jawatankuasa boleh dari semasa ke semasa mempelawa alau menerima sumbangan dan derma daripada para ahli atau individu atau organisasi tanpa apa-apa syarat.
Scroll To Top