Home / Artikel Pilihan / Salam Ma’al Hijrah
Salam Ma’al Hijrah

Salam Ma’al Hijrah

Sekitar Ma’al Hijrah 2017

Tarikh Awal Muharam diubah

PUTRAJAYA 19 Jan.- Tarikh Awal Muharam (Maal Hijrah) bagi tahun ini diubah dari Khamis 21 September kepada Jumaat 22 September.

image[1]

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha berkata, perubahan itu ekoran ralat teknikal yang disahkan dan disemak oleh Panel Falak Jakim yang meneliti semula data bulan Zulhijjah.

 

“Adalah dimaklumkan perubahan tarikh 1 Muharram 1439H dalam kalendar adalah dari 21 September kepada 22 September 2017,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/tarikh-awal-muharam-diubah-1.433340#ixzz4tPDuNx4S
© Utusan Melayu (M) Bhd
 

Sakaran dipilih Tokoh Maal Hijrah

NAJIB RAZAK /  MAAL HIJRAH 1439H

KUALA LUMPUR: Bekas Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Sakaran Dandai, 87, dipilih Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1439H/2017M.

Pengumuman dibuat Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Tan Sri Othman Mustapha pada majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1439H/2017M di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini.

Majlis penyampaian anugerah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Yang turut hadir; Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah menerima wang tunai RM100,000, pingat dan sijil penghargaan.

Antara kriteria penerima adalah berpengetahuan luas, mempunyai sifat dan peribadi yang unggul, memberi sumbangan yang cemerlang dalam perkembangan syiar Islam dan juga pembangunan ummah serta mendapat pengiktirafan dan diterima masyarakat.

Sakaran yang juga bekas Ketua Menteri Sabah dan kini Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) dilahirkan di Semporna pada 15 April 1930.

Hasil perkongsian hidup dengan Toh Puan Rukaiyah Panglima Abdullah mereka dikurniakan tujuh orang anak.

Tema sambutan Maal Hijrah tahun ini adalah ‘Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara’.

Pemilihan tema bertepatan usaha kerajaan mahukan rakyat mengamalkan nilai murni melalui jalinan hubungan silaturahim dan sikap saling menghormati antara satu sama lain tanpa mengira status agama, bangsa dan fahaman politik.

Ini penting bagi mengelakkan perasaan permusuhan, saling membenci dan menangkis kecelaruan kefahaman dan aliran pemikiran bercanggah fahaman ahli Sunnah Wal Jamaah.

About Admin Pesara.TH

Webmaster www.pesara-th.org.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top