Home / Uncategorized / Salam Aidiladha
Salam Aidiladha

Salam Aidiladha

5d4539bb4b6bd39cef771da550e1cea0[1]KUALA LUMPUR, 07 September 2017 – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyambut kepulangan pertama Jemaah Haji Malaysia dari Tanah Suci bagi Musim Haji 1438H/2017 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Turut hadir pada majlis tersebut ialah YBhg. Dato’ Badlisyah Abdul Ghani, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif TH, disertai barisan Pengurusan Kanan TH yang mengambil kesempatan bersalaman dan mengucapkan tahniah kepada para Jemaah Haji yang telah selesai menunaikan fardhu haji dengan selamat. Ketibaan mereka juga disambut gembira oleh ahli keluarga dan saudara mara.

TH juga mengucapkan terima kasih kepada agensi-agensi yang terlibat dalam pelaksanaan Operasi Haji Tanah Air (OHTA) iaitu Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Imigresen Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Malaysia Airports Holdings Berhad, Kementerian Luar & Jabatan Imigresen Arab Saudi dan Malaysia Airlines Berhad.

Sumber : http://www.tabunghaji.gov.my/content/berita-acara-korporat/424

About Admin Pesara.TH

Webmaster www.pesara-th.org.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top