Home / Artikel & Blog / Komentar / Proton Saga SV
Proton Saga SV

Proton Saga SV

Kereta baharu keluaran Proton Holdings Bhd., Proton Saga SV 1.3L yang dilancarkan kelmarin pada harga rendah, mendapat sambutan baik daripada pelbagai lapisan rakyat. Tinjauan Kosmo! di beberapa tempat di seluruh negara semalam mendapati, orang ramai tidak putus-putus mengunjungi bilik pameran Proton bagi melihat dengan lebih dekat kereta berkenaan. Mereka berpendapat, Proton baharu itu lebih menarik …

Review Overview

Harga
Pemanduan
Qualiti
Prestasi
Penjimatan Minyak

Pendapat Umum

Summary : Kereta baharu keluaran Proton Holdings Bhd., Proton Saga SV 1.3L, tinjauan Kosmo!. Apa pendapat anda?

User Rating: Be the first one !
78

Kereta baharu keluaran Proton Holdings Bhd., Proton Saga SV 1.3L yang dilancarkan kelmarin pada harga rendah, mendapat sambutan baik daripada pelbagai lapisan rakyat.

Tinjauan Kosmo! di beberapa tempat di seluruh negara semalam mendapati, orang ramai tidak putus-putus mengunjungi bilik pameran Proton bagi melihat dengan lebih dekat kereta berkenaan.

Mereka berpendapat, Proton baharu itu lebih menarik dan aksesori yang dipasang amat memuaskan kerana setaraf dengan kereta-kereta yang sekelas dengannya, malah melebihi jangkaan mereka.

Tinjauan di Proton Edar, Jalan Sungai Besi di sini mendapati, orang ramai berpuas hati dengan tawaran terbaharu Proton itu selain tertarik dengan harganya.

Mohd. Nor Fikri Md. Dali, 25, berkata, pada awalnya dia beranggapan model mampu milik itu tidak begitu menarik untuk dimiliki kerana menyangka beberapa aksesori kereta tidak dipasang.

“Tanggapan saya ternyata meleset selepas melihatnya sendiri dan ternyata ia ditawarkan dengan banyak ciri standard.

“Antara yang menarik perhatian saya, kereta ini ada dua beg udara dan cermin berkuasa elektrik untuk semua tingkap kereta,” katanya ketika ditemui.

Tambahnya, pakej yang ditawarkan memang berbaloi untuk rakyat yang ingin membeli kereta mampu milik tetapi mempunyai keluasan yang selesa.

“Model ini amat sesuai untuk golongan baru bekerja seperti saya. Bayaran bulanan RM250 juga tidak membebankan,” tambahnya.

Sumber: http://www.kosmo.com.my/

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang harga dan spesifikasi( Specs) Proton Saga SV, sila klik  www.proton-edar.com.my


About Admin Pesara.TH

Webmaster www.pesara-th.org.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top